«

»

Sep 22

Print this Post

Menjana Keuntungan Dengan Emas – Pelaburan Jangka Panjang

PENGENALAN

PG GOLDBAR

Membuat keuntungan dengan emas adalah sangat mudah. Tapi objektif mestilah di tentukan terlebih dahulu.

Untuk melabur atau berniaga dalam emas, pertama sekali, anda hendaklah menentukan objektif pelaburan anda. Ada banyak cara membuat duit dengan emas, dari kaedah yang paling berisiko kepada kaedah yang paling mudah; hampir tiada risiko.

OBJEKTIF PELABURAN

Objektif membeli emas hendaklah di tentukan sebelum membeli emas kerana ia akan menentukan bilakah anda akan mengambil untung dan berapakah patut anda melabur sekarang.

 

Antara contoh-contoh objektif membeli emas adalah seperti berikut:

  • Simpanan untuk objektif jangka panjang
  • Trading kepada pelabur-pelabur emas lain
  • Membuat untung melalui gadaian Islamik
  • Menjana pendapatan melalui imbuhan (Commission)

Anda juga perlu menetapkan berapa lama anda akan menyimpan (hold) emas tersebut sebelum menjualnya dan membuat untung bagi memenuhi objektif pelaburan anda. Sebagai contoh, sekiranya objektif anda ialah menyediakan tabung pendidikan anak sebanyak RM20,000.00 menjelang tahun 2020. Maka jika tahun semasa anda ialah 2011, maka investment horizon anda ialah 9 tahun.

PELABURAN JANGKA PANJANG

Anda boleh menyimpan untuk Haji dalam bentuk emas. Anda akan mendapati anda boleh pergi haji lebih awal dari jangkaan.

Pelaburan jangka pangjang di sini bermaksud mana-mana pelaburan melebihi 3 tahun. Antara contoh pelaburan jangka panjang ialah:

  • simpanan untuk haji,
  • simpanan untuk pendidikan,
  • simpanan beli rumah,
  • simpanan untuk kahwin dan
  • simpanan untuk memulakan perniagaan

Contoh Pengiraan

Kaedah asas di bawah ini boleh di manipulasi untuk pengiraan mana-mana objektif pelaburan anda.

Contohnya pengiraan adalah seperti berikut:

Assume :

inflation rate = 5%/yr

Compounding formula : PV = FV x (1 + i)^N,  (FV=future value; N = period; i= profit rate)

Gold increment = 20%/yr

1. Tentukan berapakah jumlah yang diperlukan

Sebagai contoh, Adam kini berumur 1 tahun. Kita ingin menyediakan tabung pendidikan sebanyak RM20,000.00 (kos IPTA sekarang). Dia akan masuk university pada umur 19 tahun. Jadi investment horizon kita ialah 18 tahun. Tahun semasa ialah 2011 dan tahun masuk university ialah 2029.

2. Tentukan tempoh pelaburan dan ambil kira inflasi.

Inflasi akan menyebabkan kos meningkat. Jadi sekiranya kita memerlukan RM20,000.00 pada tahun 2011, pada tahun 2029 ialah 20,000 x (1+5%)^18 = RM48,132.00.

3. Tentukan berapakah emas yang anda perlu simpan untuk Adam sekarang

 F = P x i x N, jadi

Jumlah nilai emas yang perlu di simpan sekarang ialah 48,132/(20% x 18) = RM13,370.00.

Bayangkan, anda cuma perlu meyimpan sekali sahaja emas bernilai RM13,370.00 dan menunggu selama 18 tahun. Bila Adam sudah berumur, 19 tahun, anda boleh cairkan emas tersebut kepada cash untuk digunakan oleh Adam. Atau anda boleh cairkan sedikit-sedikit bila Adam memerlukan.

Jangan melakukan sesilapan menggunakan compounding formula untuk emas, kerana ia tidak boleh di gunakan di sini. Ini adalah kerana effective period untuk emas cuma satu (1), tapi effective interest ialah cumulative sepanjang investment horizon. Saya telah menemui sebuah buku berkenaan emas di pasaran yang melakukan kesilapan ini. Ini adalah kesilapan yang tidak boleh dimaafkan! (kerana ia menyebabkan saya bingung memikirkan perkara ini selama berbulan-bulan).

Semoga contoh ini dapat memberikan pencerahan kepada kaedah asas pengiraan pelaburan emas dan cara untuk bersedia untuknya.

Anda boleh gunakan kaedah di atas untuk mengira keperluan untuk

  • simpanan untuk haji,
  • simpanan untuk pendidikan,
  • simpanan beli rumah,
  • simpanan untuk kahwin dan
  • simpanan untuk memulakan perniagaan

Permanent link to this article: http://emastrading.com/cara-buat-duit-dengan-emas/menjana-keuntungan-dengan-emas-pelaburan-jangka-panjang/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>